Bajet 2016: Pembinaan kediaman berkembang sederhana pada separuh pertama
Najib Aroff
Oktober 23, 2015 16:23 MYT
Oktober 23, 2015 16:23 MYT
Pembinaan kediaman berkembang sederhana pada 9.8 peratus separuh pertama tahun ini, berbanding 22.1 peratus tempoh sama tahun lepas, disebabkan penurunan kelulusan perumahan baru turun kepada 32.9 peratus atau 66,770 unit.
Laporan ekonomi 2015/2016 menyebut penurunan itu susulan sentimen berhati hati pemaju perumahan dan persekitaran tidak menentu.
Bagi separuh pertama, transaksi harta kediaman menguncup 2.6 peratus kepada 119,604 berbanding 122, 830 tempoh sama tahun lepas manakala nilai harta kediaman turut menyusut 9.7 peratus.
Pelancaran baru turut menguncup 44.1 peratus kepada hanya 27,231 unit pada separuh pertama sementara unit kediaman tidak terjual meningkat 8.9 peratus kepada 10,473 unit.
Bilangan transaksi mencatatkan kemerosotan di empat negeri utama iaitu Johor 17.9 peratus, Pulau Pinang 14.2 peratus, Kuala Lumpur 6.4 peratus dan Selangor 1.8 peratus.
Sementara nilai transaksi hartanah menyusut 6.6 peratus kepada RM76.6 bilion membabitkan 186,661 transaksi.
Dari segi harga, ia terus meningkat dengan indeks harga rumah Malaysia naik 5.9 peratus pada suku kedua 2015.