Bajet 2016: Kutipan GST dijangka RM27 bilion tahun ini

Najib Aroff
Oktober 23, 2015 08:21 MYT
Menurut laporan ekonomi 2015/2016, Ia susulan pematuhan lebih banyak syarikat terhadap regim cukai berkenaan.
Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dijangka mencecah RM27 bilion bagi tahun penuh 2015 berbanding unjuran asal RM21.7 bilion.
Menurut laporan ekonomi 2015/2016, Ia susulan pematuhan lebih banyak syarikat terhadap regim cukai berkenaan.
Bagi 2016, kutipan diramal mencecah RM39 bilion dengan sumbangan 17.3 peratus kepada hasil Kerajaan Persekutuan.
Melalui peningkatan itu, kerajaan berupaya mempelbagaikan sumber pendapatan berbanding kebergantungan kepada hasil petroleum.
Bagi tahun penuh 2015 sumbangan hasil berkaitan petroleum dijangka mencecah 3.8 peratus kepada pendapatan kerajaan berbanding 6.9 peratus tahun lepas.
GST turut dijangka menjadi pemacu pertumbuhan kutipan utama kepada cukai tidak langsung bernilai RM53.3 bilion.
Antara komponen lain cukai tidak langsung termasuk duti eksais.
##Bajet2016 #Bajet 2016 #Budget 2016 #Najib Razak