Bajet 2016: Ekonomi 2016 terus berdepan cabaran
Astro Awani
Oktober 23, 2015 16:26 MYT
Oktober 23, 2015 16:26 MYT
Pertumbuhan ekonomi 2016 dijangka terus mencabar disumbang ketidakstabilan pasaran kewangan, penurunan harga komoditi, pengukuhan Dolar AS dan pertumbuhan perlahan China.
Menurut laporan ekonomi negara 2015/2016, ekonomi diramal tumbuh 4 peratus ke 5 peratus dipacu permintaan domestik.
Perbelanjaan sektor swasta akan kekal menjadi komponen utama permintaan domestik dengan pengembangan 6.4 peratus pada 2016.
Laporan menyebut inisiatif akan diambil untuk meningkatkan penggunaan melalui peningkatan pendapatan boleh guna dana dicapai dengan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menangani peningkatan kos sara hidup.
Dari aspek pelaburan, keyakinan pelabur akan ditingkatkan melalui penyediaan persekitaran yang kondusif.
Meskipun nilai ringgit menyusut, inflasi diramal rendah susulan harga minyak mentah yang jatuh dan kesan GST yang perlahan.
Inflasi lapan bulan pertama 2015 berkembang pada 1.9 peratus berbanding 3.3 peratus tempoh sama tahun lepas.
Bagi eksport pula, pengeksport tempatan digesa untuk mengukuhkan kewujudan dalam rantaian nilai global terutama bagi teknologi terkini dan kawasan pertumbuhan baharu.
Laporan turut menyebut, tahun 2016 menjadi tahun mencabar bagi Malaysia terutama untuk meningkatkan daya tahan ekonomi domestik disamping memastikan kemapanan kewangan awam.