Fokus harus diberi kepada golongan wanita muda terutama berumur bawah 40 tahun pada pembentangan Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beberapa pengumuman Najib juga diharap dapat memberi sedikit sebanyak kesan positif terhadap peningkatan kos sara hidup golongan sasar sekali gus memberi pulangan terutama dalam ekonomi negara.
"Antara sasaran anak muda terutama wanita muda yang berkeluarga dan mempunyai anak adalah isu pusat penjagaan anak.
"Beberapa inisiatif diharap dapat diumum supaya mengurangkan beban kos sara hidup terutama d bandar-bandar besar negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang diperkenalkan sejak 2011 harus dipergiatkan dengan lebih banyak penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Ia usaha berterusan untuk mengurangkan statistik pengangguran siswazah yang sekian lama menjadi salah satu isu negara.
"Selain SL1M, program-program lain yang berkaitan juga harus dipertingkatkan atau pengenalan program baru untuk memastikan isu pengangguran anak muda segera menemui noktahnya," jelasnya.
Ujar Mas Ermieyati lagi, kerajaan sewajarnya memberi lebih penekanan dan melihat beberapa inisiatif dari percambahan usahawan-usahawan muda atas talian sebagai langkah pengembangan sektor ekonomi negara.
"Kerajaan harus memberi perhatian sewajarnya dengan memperkenalkan skim serta bantuan dalam membantu mereka mengembangkan sektor perniaagan yang mereka ceburi," katanya.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut berharap Bajet 2016 dapat memberi sinar baru kepada golongan muda seiring dengan transformasi ke arah negara maju menjelang 2020.
Astro Awani
Thu Oct 22 2015
![Bajet 2016 : 'Beri fokus wanita bawah 40 tahun' - Mas Ermieyati Bajet 2016 : 'Beri fokus wanita bawah 40 tahun' - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435373670_MASERMIEYATI.jpg)
MAS ERMIEYATI: Bajet 2016 : 'Beri fokus wanita bawah 40 tahun' - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494581843_KWSPLogo.jpg)
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
![Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461058207_IncomeTax.jpg)
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
![Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61449677096_RumahMampuMilik.jpg)
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
![Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61455117262_NajibUbahBajet.jpg)
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455093237_NazriKhan.jpg)
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
![CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435280694_AZIHMUDA.jpg)
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
![Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453969730_NajibUbahBajet.jpg)
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
![Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445698740_PendidikanBUDGET.jpg)
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
![11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453965090_NajibUbahBajet.jpg)
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
![CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435280694_AZIHMUDA.jpg)
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.