Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019

Bernama
Disember 20, 2015 10:35 MYT
Azman, 54, memegang jawatan itu pada 1 Jun, 2004. - Gambar Fail
Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.
Azman, 54, memegang jawatan itu pada 1 Jun, 2004, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik.
Dana pelaburan strategik itu terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah dan pelancongan, hartanah, media dan kreatif, pendidikan serta teknologi dan inovasi.
Beberapa syarikat tersenarai utama dalam portfolio pelaburan Khazanah termasuklah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.
#Axiata Group Bhd #azman mokhtar #cimb group #GLC #IHH Healthcare Bhd #Khazanah #Malaysia Airports Holdings Bhd #Telekom Malaysia Bhd #Tenaga Nasional Bhd #UEM Sunrise Bhd.