Axiata tutup anak syarikat tidak aktif Axiata SPV1

Bernama
Jun 26, 2024 23:15 MYT
Axiata Group Berhad (Axiata) memulakan penutupan anak syarikatnya Axiata SPV1 (Labuan) Ltd secara sukarela berkuat kuasa 25 Jun 2024. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Axiata Group Berhad (Axiata) memulakan penutupan anak syarikatnya Axiata SPV1 (Labuan) Ltd secara sukarela berkuat kuasa 25 Jun 2024.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Axiata menjelaskan rasional penutupan Axiata SPV1 adalah berikutan syarikat itu kini tidak lagi aktif.
"Pada 2010, Axiata SPV1 menerbitkan nota terjamin US$300 juta yang disenaraikan dan disebut harga di Bursa Saham Hong Kong Ltd, yang dijamin oleh Axiata. Nota itu diselesaikan pada 24 April 2020.
"Selaras dengan penyelesaian nota itu, syarikat itu kini tidak lagi aktif. Axiata tidak lagi mengharapkan pulangan dan mencadangkan penutupan secara sukarela ahli syarikat itu," katanya.
Axiata berkata proses itu dijangka selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan daripada tarikh pelantikan pembubar.
-- BERNAMA
#AXIATA #tutup anak syarikat #tidak aktif #Axiata SPV1
;