Axiata tubuh Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah

Bernama
Disember 29, 2017 21:52 MYT
Axiata berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah seiring dengan saranan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang baharu. - REUTERS/Fail
Axiata Group Bhd menubuhkan Lembaga Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah (BRMC) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan, 2018.
Dalam kenyataan hari ini, Axiata berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah seiring dengan saranan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang baharu.
"Peranan utama BRMC adalah memberi pandangan mengenai risiko perusahaan syarikat meliputi risiko rangka kerja pengurusan, strategi, risiko tahap toleransi dan pengurusan kesinambungan perniagaan," menurutnya.
Axiata berkata berkuat kuasa 1 Jan, 2018, Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Ganjaran Lembaga Pengarah akan digabungkan menjadi satu entiti, dikenali sebagai Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga Pengarah.
"Apabila mempunyai satu jawatankuasa, ia lebih cekap untuk diuruskan," menurut Axiata. -- Bernama
#AXIATA #BRMC
;