AWS Region dilancarkan di Malaysia hari ini

Amanz
Ogos 22, 2024 11:10 MYT
AWS menyasarkan operasi yang lebih lestari dengan sasaran operasi sifar karbon menjelang 2040 dan positif air menjelang 2030 supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
SEPERTI yang telah dijanjikan pada Mac tahun lalu, Amazon akhirnya mengaktifkan AWS Region di Malaysia bermula hari ini.
AWS Region akan membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia dan pada masa yang sama menawarkan kadar pendam rendah untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.
Dengan AWS Region di Malaysia, ia akan melakukan pelaburan AS$6.2 bilion(~RM 27 bilion) di Malaysia menjelang 2038 yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu perniagaan tempatan serta sektor awam untuk berinovasi.
Secara keseluruhan dianggarkan 3500 pekerjaan akan diwujudkan setiap tahun menerusi AWS Region dengan ia menambah RM 57.3 bilion kepada KDNK Malaysia dalam tempoh sedekad.
Akhir sekali, AWS menyasarkan operasi yang lebih lestari dengan sasaran operasi sifar karbon menjelang 2040 dan positif air menjelang 2030 supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Sumber: AWS Region
#AWS Region #AWS Region di Malaysia #pelaburan #Amazon