Astro rangkul tiga Anugerah Marketing Excellence 2016

Malik Ridhwan
Oktober 28, 2016 19:53 MYT
Warga Astro menerima anugerah Kecemerlangan dalam Pemasaran Digital di advertising marketing Magazine's Marketing Excellence Awards 2016. - Foto Marketing Interactive
Kumpulan Astro meraih tiga anugerah di advertising + marketing Magazine's Marketing Excellence Awards 2016 yang berlangsung di ibu negara pada Khamis.
Rangkaian TV Astro Malaysia meraih satu anugerah emas dan perak manakala Measat Broadcast Network Systems meraih satu anugerah perak.
Astro membawa pulang anugerah emas bagi anugerah Kecemerlangan dalam Pemasaran Digital menerusi siri digital mini ‘The House’ musim pertama.
Bagi anugerah Kecemerlangan dalam Kesedaran Jenama, Astro Gempak memenangi perak, juga untuk ‘The House’ musim pertama.
Sementara itu, Measat Broadcast Network Systems menerusi agensi Mindshare Malaysia memenangi anugerah perak bagi kategori Kecemerlangan dalam Prestasi Pemasaran untuk produk Astro On The Go.
Ia dinobat sebagai peranti TV paling kecil di dunia, secara mudah alih.
advertising + marketing Magazine's Marketing Excellence Awards 2016 diadakan bagi meraikan strategi, produk dan perkhidmatan media dan jenama terbaik di Malaysia, selain platform terulung kepada pengusaha media dan pemilik jenama dalam mempamerkan inovasi serta nilai pendiriannya terhadap pengiklan, agensi dan pelanggan.
Panel juri Marketing Excellence Awards dibarisi pakar-pakar dalam bidang pemasaran dari jenama-jenama terkemuka seperti AirAsia Big, Astro Go Shop, BSN, Lazada, Maxis dan 11street.
#Astro #Magazine's Marketing Excellence Awards #Marketing Magazine
;