Astro Malaysia sasar 10% peningkatan pelanggan
Astro Awani
Jun 19, 2013 10:15 MYT
Jun 19, 2013 10:15 MYT
Astro Malaysia Holdings Berhad mensasarkan peningkatan jumlah pelanggan sebanyak 10 peratus, dengan pelancaran 11 saluran dan 5 pakej baru dengan harga serendah RM37.95 sen sebulan.
Ianya sekali gus bakal meningkatkan pelanggan Astro kepada 3.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Jan 2014 daripada 3.31 juta sebelum ini.
Antara 11 saluran berkenaan termasuk Astro Maya HD, Hua Hee Dai HD, Astro Quan Jia HD, Kalaigner TV dan Astro Lifetime.
Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia Holdings Bhd, Henry Tan menjangkakan perolehan akan meningkat dengan tawaran baru ini.
Laporan sepenuhnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.