Astro jangka 1.1 juta langgan Astro B.yond IPTV

Bernama
April 30, 2013 20:21 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd menjangka 1.1 juta pelanggannya melanggan perkhidmatan baharunya, Astro B.yond Internet Protocol television (IPTV), yang akan ditawarkan secara kerjasama dengan Maxis Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, berkata perkhidmatan baharu itu akan membolehkan pelanggan Astro Beyond IPTV menikmati hiburan terbaik pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dalam sebarang peranti.
"Astro berhasrat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya. Kami menyasar 1.1 juta pelanggan melanggan perkhidmatan baharu ini," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.
Pengerusi Maxis, Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata Maxis komited untuk meningkatkan pengalaman menonton pelanggan ke satu tahap baharu dengan menyediakan perkhidmatan baharu.
"Kami berharap dapat terus menawarkan kepada pelanggan kami lebih banyak pilihan apabila ia berkaitan perkara penting bagi mereka," katanya.
#Astro #B.yond IPTV #Datuk Rohana Rozhan #Maxis
;