Perkhidmatan Astro ‘On The Go’ bakal merapatkan jurang bagi warga Malaysia, terutamanya yang menetap di luar negara.

Setiap perkembangan dan laporan di tanah air dapat diikuti dengan cepat dan tepat dengan wujudnya akses serta merta melalui telefon pintar, tablet dan komputer riba.

Astro ‘On The Go’ adalah salah satu perkhidmatan mudah alih tambahan daripada Astro yang dilancarkan pada Mei 2012.

Buat masa kini, Astro ‘On The Go’ merangkumi 21 saluran televisyen tempatan dan antarabangsa, video cara permintaan, TV ulangan dan acara siaran langsung yang boleh diakses melalui pelbagai peranti mudah alih.

Aplikasi ini boleh juga dimuatturun untuk telefon pintar dan tablet IOS serta Android.

Sejak pelancarannya pada tahun 2012, semua pelanggan Astro diberi peluang menikmati pra tonton Astro ‘On The Go’ secara percuma.

Tawaran ini berakhir 1 Mac 2013.

Pada fasa berikutnya, perkhidmatan ini akan dilancarkan kepada pengguna bukan pelanggan Astro termasuk kepada rakyat Malaysia di luar negara melalui 'Astro On The Go International'.

Melalui perkhidmatan baru ini, rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja berpeluang mendapat berita terkini dan rancangan tempatan secara serta merta.

Perkhidmatan Astro ‘On The Go International’ akan dilancarkan pada hari Ahad di Grand Hyatt Hotel, Melbourne, Australia.