Astro ajak PKS sertai minggu POWER UP, peluang lonjak perniagaan dengan pantas
Ehsan A Marisah
Jun 24, 2022 10:00 MYT
Jun 24, 2022 10:00 MYT
KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) buat julung kalinya mengajak semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai minggu POWER UP yang berlangsung secara eksklusif di studionya, All Asia Broadcast Centre di Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 1 Julai ini.
Bertemakan “POWER UP! Be in the Right Place to Grow”, PKS akan dibimbing dengan trend dan pemahaman mengenai strategi pemasaran terkini daripada pakar-pakar dalam industri media di samping mempelajari inovasi pengiklanan bersasar (Addressable Advertising) yang pertama di Asia Tenggara.
Inovasi pengiklanan bersasar yang dirintis oleh Astro itu membolehkan perniagaan memanfaatkan sasaran digital menerusi televisyen dengan penggunaan data pihak pertama, malah mampu memaparkan iklan terus kepada isi rumah yang menonton program berkaitan.
Selain itu, PKS juga akan dapat mencapai profil pelanggan Astro yang bernilai tinggi di seluruh negara bagi mempercepatkan pertumbuhan dan melonjakkan kedudukan dalam pasaran.
Minggu POWER UP Astro itu turut menawarkan PKS pengalaman di belakang tabir termasuk pengelolaan acara yang bersiaran langsung dari studio selain berpeluang bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif pakej pengiklanan.
Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk menyertai pengalaman hebat di Astro dan menang hadiah bernilai lebih RM1 juta merangkumi 10 set hadiah dengan setiap set terdiri daripada TV Pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD dan masa pengiklanan bernilai RM100,000.
Program yang berlangsung selama empat hari itu mempunyai tiga sesi pada setiap hari dan membolehkan PKS membuat pilihan masa, iaitu antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 2.00 petang.
Setiap sesi terhad kepada 40 pek.
Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi anda, boleh layari quake.com.my.