ASNB umum pengagihan pendapatan 7.75 sen seunit buat ASB 2
Harits Asyraf Hasnan
Mac 31, 2015 15:53 MYT
Mac 31, 2015 15:53 MYT
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7.75 sen seunit dan agihan pendapatan khas 0.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
Pengumuman dibuat Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada satu sidang akhbar hari ini.
Ini merupakan agihan pendapatan sulung bagi ASB 2 sejak dilancarkan 2 April 2014 lalu sebagai salah satu agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
Sambutan masyarakat Bumiputera terhadap ASB 2 juga dilihat cukup menggalakkan dengan sejumlah 2.06 bilion unit ASB 2 dilanggan oleh 103,546 pemegang unit.