ASEAN, India tanda tangani perjanjian perkhidmatan dan pelaburan

Astro Awani
Disember 20, 2012 13:47 MYT
ASEAN dan India bersetuju menandatangani perjanjian perdagangan bebas perkhidmatan dan pelaburan pada Ogos tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persetujuan itu dicapai selepas kedua-dua pihak berpuashati dengan perjanjian berkenaan.
Najib berkata: “Langkah liberalisasi beberapa subsektor memberi faedah kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk menambahkan penglibatan mereka dalam sektor-sektor penjagaan kesihatan, pelancongan, pengangkutan, komunikasi, dan pembinaan.”
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Dr. Manmohan Singh.
Perdana Menteri berada di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari.
Sidang kemuncak itu bertemakan 'Perkongsian ASEAN-India Untuk Keamanan Dan Kemakmuran Bersama'.
Ia akan memperakukan kenyataan wawasan ASEAN-India yang disediakan dengan mengambil cadangan daripada kumpulan tokoh terkemuka ASEAN-India (AIEPG).
#ASEAN #Datuk Seri Najib Tun Razak #India #perjanjian perdagangan bebas perkhidmatan dan pelaburan #Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India