Duta Argentina ke Malaysia Manuel Balaguer Salas mempelawa syarikat Malaysia melabur dalam pembangunan infrastruktur Argentina, memandangkan kekuatan syarikat dalam pembinaan
infrastruktur bertaraf dunia.
Beliau berkata Kedutaan Argentina di sini menggalakkan syarikat Malaysia terlibat dalam pembangunan infrastruktur negara itu terutamanya jalan raya dan berharap hasrat itu menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Salas berkata Argentina juga berminat untuk meneroka industri halal Malaysia, terutamanya dalam eksport daging lembu.
"Argentina masih belum mematuhi syarat halal yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia tetapi kami mahu membuat perubahan dan mengeluarkan daging halal bagi pasaran Malaysia.
"Argentina terkenal dengan kualiti daging lembu dan kami merancang mempunyai pusat penyembelihan bagi mengeluarkan daging halal 100 peratus untuk dieksport ke Malaysia," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
Mengenai sambutan ulang tahun ke-50 hubungan Argentina-Malaysia, beliau berkata Argentina berharap dapat meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, sukan dan budaya.
"Pada 1967, Argentina merupakan negara Amerika Latin pertama mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara merdeka. Walaupun kami jauh, hubungan perdagangan dua hala bernilai US$1.6 bilion dan kita mempunyai prospek pertumbuhan yang baik," katanya.
Salas berkata Petronas telah berada di Argentina, bekerjasama dengan syarikat milik negara Argentina, Yacimientos Petrolíferos Fiscales dalam membangunkan lapangan minyak dan gas Loma Campana di barat daya Argentina.
Beliau berkata sebuah syarikat Malaysia juga menjalankan resort ski di negara itu.
Salas turut mempelawa pelabur Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharu di negara itu.
Semasa menyatakan kesediaan Argentina berkongsi kepakaran dalam pelaburan pertanian dan menarik pelabur Malaysia, Salas berkata kira-kira 20 ahli perniagaan Argentina akan melawat Malaysia pada Ogos ini bagi menjelaskan mengenai prospek sektor berkenaan kepada ahli perniagaan Malaysia.
Mengenai pelancongan, beliau berkata Argentina juga mahu menarik pelancong Malaysia.
Walaupun Argentina mencapai kemerdekaan 200 tahun lalu manakala Malaysia 59 tahun, beliau berkata kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan terutamanya dari segi budaya dan penduduk yang pelbagai.
"Kami juga banyak belajar dari Malaysia, kami melihat negara ini maju daripada pengeksort komoditi kepada sebuah negara perindustrian hanya dalam tempoh beberapa tahun," katanya.
Bernama
Sun Jul 17 2016
SALAS: Petronas telah berada di Argentina, bekerjasama dengan syarikat milik negara Argentina, Yacimientos Petrolferos Fiscales dalam membangunkan lapangan minyak dan gas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.