Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia

Amanz
Mac 7, 2025 11:10 MYT
Disasarkan bahawa AirAsia mungkin ingin meraih dana sekitar RM1 bilion, dan suntikan pelaburan daripada Arab Saudi mungkin menjadi antara yang terbesar. - Gambar fail
DANA pelaburan Arab Saudi kini dilaporkan ingin melabur sekitar AS$100 juta pada syarikat penerbangan tempatan, AirAsia.
Dengan langkah ini, ia bukan sahaja akan membantu AirAsia dari segi pendanaan, tetapi juga akan mengukuhkan pelancongan antara rantau Asia Tenggara dan Arab Saudi.
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.
AirAsia dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pihak dalam proses meraih dana, termasuk dari Singapura dan juga Jepun.
Disasarkan bahawa AirAsia mungkin ingin meraih dana sekitar RM1 bilion, dan suntikan pelaburan daripada Arab Saudi mungkin menjadi antara yang terbesar.
AirAsia dikatakan menawarkan pegangan sehingga 15% pada nilai AS$2 bilion.
Mengikut laporan, pengumuman berkaitan suntikan pelaburan ini dijangka berlaku dalam beberapa minggu – sekiranya kesemua pihak bersetuju dan perbincangan berjalan lancar.
#Arab Saudi #AirAsia #pelaburan #pelancongan
;