Ar-Rahnu X'Change kini di Hulu Kelang

Astro Awani
Februari 6, 2013 17:06 MYT
Bank Rakyat yang merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia membuka cawangan Ar-Rahnu X'Change ke-20 di Hulu Kelang, Selangor.
Pembukaan Ar Rahnu X’Change di Hulu Kelang itu adalah yang ketiga pada tahun ini bagi memudahkan orang ramai menggadai barang kemas dengan murah dan selamat.
Ar-Rahnu X’Change menawarkan kemudahan pajak gadai Islam bagi pinjaman tunai sehingga RM100,000 dengan kadar upah simpan serendah 65 sen bagi setiap RM100 nilai emas yang digadai.
Selain pajak gadai, premis di Hulu Klang itu turut menempatkan mesin deposit dan pengeluaran wang untuk kegunaan orang ramai bagi melaksanakan pelbagai urusan perbankan.
Bank Rakyat kini mempunyai 54 buah Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.
20 daripadanya diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh Bank Rakyat.
Manakala 34 daripadanya dimiliki dan diuruskan oleh koperasi di bawah program Sistem Francais Ar-Rahnu X’Change.
Setakat hari ini, Bank Rakyat mempunyai 141 cawangan dengan lebih daripada 600 mesin juruwang automatik dan mesin deposit tunai serta 54 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.
#Ar-Rahnu X'Change #Bank Rakyat
;