Apps Store Apple disaman di China

Astro Awani
Disember 28, 2012 07:30 MYT
Mahkamah Beijing memutuskan Apple perlu bertanggungjawab ke atas pelanggaran peraturan hak cipta lapan penulis dari China.
Menurut mahkamah tersebut, Apple selaku pengendali platform pekhidmatan web "Apps Store", perlu memainkan peranan penting di dalam mengurus dan mengawal aktiviti pada platform tersebut.
Saman tersebut difailkan sebuah syarikat penerbitan buku berpangkalan di Beijing "Chinese-All" bersama 8 penulis terkemuka di bawah liga hak penulis China pada Januari.
Berikutan keputusan itu Apple diarahkan membayar 412,000 yuan (RM 202,406.54)kepada 8 penulis tersebut sebagai pampasan kerugian.
Ia pada masa sama perlu membayar kos perundangan berjumlah 19,000 yuan (RM 9.334.28).
Menurut penulis, mereka mendapati hasil tulisan mereka yang dicetak rompak boleh didapati pada Apps Store sejak Ogos tahun lalu.
Chinese-All pula mendakwa pengguna Apple dibenarkan membeli dan memuat turun sehingga 16 hasil karya penulis terkemuka China menerusi Apps Store.
#Apple #Apps Store #Di Beijing #Penulis China #saman
;