Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025
Amanz
Disember 11, 2024 11:20 MYT
Disember 11, 2024 11:20 MYT
SAMSUNG dan Huawei sudah pun menawarkan ciri pemantauan tekanan darah pada jam tangan pintar masing-masing, tetapi Apple Watch yang merupakan antara produk paling popular masih tidak.
Apple dikatakan telah membangunkan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi namun ia masih tidak dilancarkan sehingga hari ini.
Laporan terkini dari Bloomberg menyatakan ia mungkin akan tiba pada tahun 2025.
Apple seperti biasa, dikatakan tidak akan memaparkan data sistolik dan diastolik seperti peranti menyemak tekanan darah yang digunakan oleh pakar perubatan.
Sebaliknya hanya mengukur trend tekanan darah sama ada akan berlaku atau tidak masalah hipertensi.
Jika ada, watchOS akan memberi amaran kepada pengguna dan data akan disimpan untuk rujukan bersama pakar perubatan.
Ciri ini dikhabarkan mungkin tiba pada Apple Watch Ultra 3 dan juga pada Apple Watch generasi baharu.
Jam Apple Watch telah terbukti banyak membantu orang ramai dari seg masalah kesihatan kerana sensor dan algoritma yang digunakan.
Sama-sama kita nantikan versi baharu ini nanti.
Sumber: Bloomberg