Apple terima pampasan RM1,089 selepas Masimo langgar paten jam pintar

Amanz
Oktober 28, 2024 10:20 MYT
Jam tangan pintar Masimo W1 Freedom. - Foto Amanz
APPLE menerima pampasan $250 (~RM1089) oleh mahkamah selepas juri mendapati rekaan jam tangan pintar Masimo W1 Freedom, modul kesihatan dan pengecas telah dilanggar.
Bayaran pampasan yang diterima adalah minima kerana perbicaraan melibatkan juri. Dengan keputusan ini jualan produk yang melanggar paten Apple kini telah diharamkan.
Ia tidak mendatangkan sebarang impak ke atas Masino kerana jualan W1 Freedom telahpun dihentikan.
Kemenangan kes ini adalah bagi membolehkan Apple menentang pula saman yang difailkan Masimo ke atas mereka kerana melanggar paten sistem pengesanan kesihatan yang digunakan pada Apple Watch.
Masimo ingin Apple membayar lesen penggunaan teknologi mereka ke atas setiap jam tangan pintar yang dijual sejak Apple Watch 6.
Disebabkan perbalahan ini, Apple Watch Series 9, Series 10 dan Ultra 2 di Amerika Syarikat tidak hadir dengan ciri pengesanan oksigen dalam darah sejak Disember 2023.
Isu paten dan Apple Watch tidak berakhir di sini kerana Apple juga berhadapan saman oleh AliveCor pula yang mendakwa teknologi ECG mereka digunakan tanpa kebenaran sejak 2021.
AliveCor juga telah memfailkan aduan ke ITC untuk menghalang pengimportan Apple Watch ke Amerika Syarikat
Sumber: MacRumors
#Apple #pampasan #paten jam tangan pintar #saman
;