Apple perkenalkan MacBook Pro berasaskan cip M1

Astro Awani
November 11, 2020 12:16 MYT
Dalam pengenalan berkenaan, siri Macbook Air, Mac Mini dan Macbook Pro diperkenalkan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.
APPLE memperkenalkan siri baharu untuk generasi 'Macbook' dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi di California, bertemakan 'One More Thing'.
Dalam pengenalan berkenaan, siri Macbook Air, Mac Mini dan Macbook Pro diperkenalkan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.
Cip pemproses tersendiri yang di bawah Apple Silicon iaitu 'Apple M1' menggunakan binaan pemproses 5 nanometer.
Macbook pro terbaru ini hadir dengan skrin retina 13-inci dan Penggunaan cip berkenaan mampu memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam penggunaan.
Harga untuk Macbook Pro bermula pada harga RM5,599 dan Macbook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi.
#macbook pro #macbook air #Apple #mac mini #Apple M1
;