Apple jadi syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion

Agensi
Ogos 19, 2020 06:49 MYT
Menjelang perpecahan satu saham Apple kepada empat, ia akan menjadikan saham Apple lebih berpatutan kepada lebih ramai pelabur serta mencetuskan kenaikan setelah diumumkan tiga minggu lalu. - gambar fail
APPLE menjadi syarikat Amerika Syarikat (AS) pertama mencecah nilai AS$2 trilion (RM8.35 trilion) iaitu hanya dua tahun selepas menjadi syarikat AS pertama mencapai AS$1 trilion.
Saham Apple telah meningkat hampir 60 peratus pada tahun ini ketika syarikat gergasi teknologi itu mengatasi penutupan kilang di China yang menghasilkan iPhone dan penutupan kedai fizikalnya akibat wabak COVID-19.
Pelanggan setia Apple terus membuat pembelian iPhone dan peranti lain dalam talian biarpun terpaksa terkurung di rumah akibat pandemik koronavirus.
Apple baru-baru ini melaporkan perolehannya untuk suku April hingga Jun.
BACA: Apple tangguh pembuatan iPhone 12 ekoran pandemik COVID-19
BACA: COVID-19: Apple dijangka tangguh pelancaran iPhone 12
Menjelang perpecahan satu saham Apple kepada empat, ia akan menjadikan saham Apple lebih berpatutan kepada lebih ramai pelabur serta mencetuskan kenaikan setelah diumumkan tiga minggu lalu.
Hanya lima syarikat iaitu Apple, Microsoft, Amazon, Facebook dan syarikat induk Google yang menyumbang kepada 23 peratus daripada keseluruhan indeks S&P 500.
Saudi Aramco mencapai nilai pasaran AS$2 trilion sejurus selepas menjadi syarikat senaraian awam pada Disember 2019.
Saham Aramco telah jatuh sejak di penurunan harga minyak dan nilai pasarannya kini sekitar AS$1.82 trilion iaitu bersamaan dengan RM7.89 trilion.
#Apple #AS #China #COVID-19 #iPhone #kedai fizika #penutupan kilang #saham #Saudi Aramco #syarikat Amerika Syarikat
;