Apple ID mungkin dijenama 'Apple Account' tahun ini

Amanz
Mac 2, 2024 11:10 MYT
Sebab di sebalik penjenamaan semula tidak diketahui buat waktu ini, tetapi ia mungkin dalam usaha memudahkan lagi pengguna mengetahui akan akaun Apple mereka. - Gambar hiasan
BAGI para pengguna produk dan peranti keluaran Apple, mungkin sedia maklum akan anda memerlukan Apple ID – iaitu akaun Apple sebelum dapat menggunakannya.
Kini hadir desas-desus menyatakan Apple ID kelak akan dijenamakan semula sebagai Apple Account.
Langkah ini dijangka memudahkan lagi pengenalan profil atau akaun Apple berbanding penggunaan nama Apple ID.
Penjenamaan semula ini dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan iOS 18 dan juga macOS 15 kelak.
Sebab di sebaliknya tidak diketahui lagi, tetapi mungkin dalam usaha memudahkan lagi pengguna mengetahui akan akaun Apple mereka, dan dalam menggunakannya – apatah lagi dengan sokongan integrasi akaun Apple pada pelbagai aplikasi di App Store.
#Apple ID #Apple #Apple Account #penjenamaan semula