Apple dilapor akan beralih sepenuhnya ke skrin OLED untuk semua iPhone bermula 2025

Amanz
September 4, 2024 12:10 MYT
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi. -Amanz
APPLE dilaporkan akan beralih menggunakan panel OLED untuk semua model iPhone yang dijual bermula 2025.
Ini sekali gus akan memperlihatkan Apple akhirnya melangkah melangkaui penggunaan panel LCD pada telefon pintar mereka.
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi.
Menurut laporan Nikkei, Apple telah melakukan tempahan panel OLED untuk iPhone SE akan datang kepada pihak BOE dari China dan juga LG dari Korea Selatan.
Apple sebelum ini telah mula menggunakan panel OLED untuk model premium mereka, bermula dengan iPhone X yang diperkenalkan pada 2017 lepas. -Amanz
#Apple #OLED #iPhone #telefon pintar
;