Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan

Amanz
Februari 18, 2024 07:45 MYT
Apple tidak membenarkan pembangun menawarkan pembayaran alternatif di luar Apple Store di EU untuk sekian lama sehingga tahun 2021. - Gambar fail REUTERS
BEBERAPA tahun yang lalu Spotify memfailkan aduan kepada Kesatuan Eropah (EU) kerana mendakwa Apple melakukan amalan anti persaingan dalam mempromosikan Apple Music. Pengguna ekosistem Apple tidak diberikan maklumat bahawa terdapat langganan lebih murah berbanding Apple Music. Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Apple tidak membenarkan pembangun menawarkan pembayaran alternatif di luar Apple Store di EU untuk sekian lama sehinggalah 2021. Pada tahun tersebut aplikasi “membaca” yang menawarkan perkhidmatan digital majalah, suratkhabar, buku, audio, muzik dan video sahaja diberikan pelepasan. Pada ketika ini tiada pengumuman rasmi dilakukan oleh EU. Apple serta Spotify juga belum memberikan sebarang komen berkenaan denda yang dikenakan.
Menerusi akta DMA tahun ini, EU sahaja akan menerima sokongan stor pihak ketiga serta App Store alternatif pada peranti Apple. Walaupun akhirnya akur dengan arahan EU, Apple masih akan mengenakan bayaran untuk setiap pemasangan aplikasi di luar App Store kerana kos memastikan aplikasi pada stor ini selamat digunakan.
SUMBER Financial Times
#EU #Apple #anti persaingan #denda
;