Aplikasi yang mampu membawa perubahan sosial

Syafique Shuib
Mei 31, 2013 14:53 MYT
Meskipun jumlah pembina Aplikasi (App) kian meningkat, namun Malaysia masih tidak dilihat sebagai sebuah negara yang mampu menghasilkan perisian dan Apps.
"Syarikat-syarikat tempatan masih tertindas ... Saya rasa kita (Malaysia) lebih berminat dalam pembinaan bangunan," kata Ravishanker, pengasas App R2 Darah System
Walaupun menerima persepsi sebegini, beliau masih berdedikasi untuk menghasilkan App yang mampu membawa perubahan sosial.
App beliau menghubungkan penderma darah, penerima darah dan pusat darah. Usaha beliau bukan hanya untuk Malaysia, tetapi juga membantu bank darah di seluruh dunia.
"Situasi di Malaysia amat berbeza berbanding dengan negara lain. Sebagai contoh di Afrika, sumber, masa, usaha dan doktor ... usaha-usaha ini sangat mahal," katanya.
Juga menggunakan teknologi untuk membawa perubahan sosial adalah Ker Jia Chun, pengasas App EPIC Hope.
"Ia adalah satu platform crowdsourcing dimana kami mencari sukarelawan untuk membantu membina rumah orang asli. Kami cuba untuk memperkenalkan sistem badge supaya usaha anak-anak muda mendapat perhatian pengguna aplikasi ini. Kami juga mahu membuat aktiviti sukarelawan sebagai aktiviti yang menyeronokkan,” katanya.
Choong Chong Yew pula membina App khas untuk pendidik, pelajar dan ibu bapa.
App yang dipanggil Gnowledge diwujudkan selepas menyedari sebilangan pelajar yang menghafal fakta-fakta dan maklumat.
"Ini adalah cara terbaik untuk menilai pengetahuan. Ibu bapa kian sibuk, dan isu-isu pendidikan tidak diketahui oleh ibu bapa. Tidak adil pula untuk pendidik menghabiskan sepanjang malam semak kertas kerja.
"Sekarang pengetahuan boleh dinilai di hujung jari anda. Mengapa perlu kembali ke zaman dahulu apabila sudah ada teknologi,” tanya beliau.
Mengetahui bahawa App mereka boleh membawa perubahan sosial, ketiga-tiga mereka sudah berbincang dengan agensi-agensi kerajaan dan syarikat korporat untuk peluang bekerjasama.
"Kita sudahpun ada Menteri Kesihatan yang baru, tentu sekali saya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan," kata Ravishankar.
Chong Yew sambung "Kami juga akan menghasilkan versi Enterrprise untuk mendapatkan keuntungan. Jika kita tidak mendapatkan keuntungan lebih baik saya menukar syarikat saya kepada syarikat tidak berdasarkan keuntungan (non-profit)."
Jia Chun juga berkata PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) sudah tahu tentang inisiatif beliau dan melihat kerjasama di masa depan.
"Kami sering memberi maklumat terkini kerana tidak mahu aktiviti sukarelawan sebagai aktiviti yang dilakukan sekali sekala. Saya mengharap juga di masa hadapan, kita bukan sahaja akan membina rumah tapi akan memperluaskan kepada aktiviti-aktiviti lain,” kata beliau.
Ketiga-tiga mereka merupakan pemenang ‘Apps for Asia’ anjuran Microsoft dan Bank Pembangunan Asia sebagai platform untuk mengetengahkan pembina aplikasi tempatan.
#Apps for Asia #Bank Pembangunan Asia #Microsoft #pembinaan aplikasi
;