Aplikasi perantauan Flexiroam dilancarkan di Malaysia

Pritha Manivannan
November 25, 2015 10:21 MYT
Jef Ong: Aplikasi perantauan Flexiroam memberi fokus yang sepenuhnya kepada keselamatan (data dan panggilan) pengguna.
Pengembara tegar kini tidak lagi perlu membeli kad sim fizikal apabila melancong ke luar negara.
Sebaliknya, aplikasi Flexiroam akan membantu pengembara membuat panggilan dan menghantar mesej pada kadar yang sangat kompetitif ke mana mana negara.
Ini bermakna, pengembara juga tidak lagi perlu risau dengan caj perayauan atau roaming ketika berada di luar negara.
Aplikasi Flexiroam yang dibangunkan di Malaysia membolehkan pengguna memiliki 55 nombor dari 55 negara tanpa perlu menukar kad sim.
"Kebanyakkan aplikasi komunikasi tidak memberi fokus yang secukupnya kepada faktor keselamatan (data pengguna) di mana panggilan dan mesej pengguna boleh dijejaki.
"Flexiroam memberi fokus yang sepenuhnya kepada keselamatan (data dan panggilan) pengguna dimana pangilan dan mesej pengguna tidak boleh dijejaki walaupun di mengunakan wi-fi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Flexiroam Malaysia, Jef Ong.
Jef mensasarkan aplikasi Flexiroam akan menerima satu juta muat turun dalam satu tahun.
Setakat ini, aplikasi ini sudah dimuat turun 200 ribu kali di kedua-dua platform Android dan iOS.
Flexiroam dilancarkan di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC).
Syarikat Flexiroam pada Jun disenaraikan di Bursa Australia dan sebelum ini menerima dana RM 300 ribu untuk kajian dan pembangunan.
#Android #Flexiroam #iOS #Jef Ong #kad sim #Ketua Pegawai Eksekutif Flexiroam #luar negara #melancong #mesej #panggilan #Pengembara
;