Aplikasi Maybank alami kelambatan sekali-sekala

Bernama
Disember 20, 2021 21:34 MYT
Maybank, menerusi Twitter dan Facebook, berkata antara aplikasi yang terlibat ialah aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u.
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memaklumkan kepada pelanggan bahawa aplikasinya mengalami masalah kelambatan sekali-sekala.
Maybank, menerusi Twitter dan Facebook, berkata antara aplikasi yang terlibat ialah aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
#aplikasi maybank #maybank apps #gangguan #Laman web
;