Aplikasi kewangan peribadi MoneyLion dilancarkan di Malaysia

Bernama
September 22, 2016 05:19 MYT
MoneyLion, platform kewangan peribadi mudah alih yang membantu pengguna meningkatkan kesihatan kewangan mereka, hari ini mengumumkan pelancarannya di Malaysia. - Gambar fail
MoneyLion, platform kewangan peribadi mudah alih yang membantu pengguna meningkatkan kesihatan kewangan mereka, hari ini mengumumkan pelancarannya di Malaysia.
Aplikasi mudah alih percuma MoneyLion akan membantu pengguna Malaysia mendapatkan pemandangan 360 darjah mengenai status kewangan mereka melalui satu set peranti analisis yang menjejaki aktiviti perbelanjaan dan penjimatan merentasi berbilang akaun bank.
Beroperasi pada masa ini di Amerika Syarikat, pengembangan MoneyLion ke dalam pasaran Malaysia adalah langkah pertama di dalam strategi pertumbuhannya di peringkat antarabangsa.
"Kami komited untuk membawa peranti kewangan peribadi generasi akan datang ke Malaysia dan pasaran ASEAN," kata Diwakar Choubey, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MoneyLion, yang bercakap di Akademi Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia pada 21 September.
"Walaupun kebanyakan bank di pasaran tempatan menawarkan aplikasi mudah alih, MoneyLion adalah satu daripada satu-satunya platform yang membolehkan pengguna menyambung berbilang akaun bank kepada satu aplikasi tunggal dan mengambil kesempatan daripada analisis peribadi di keseluruhan kehidupan kewangan mereka."
MoneyLion yang beribu pejabat di Amerika Syarikat memilih untuk menempatkan hab teknologi mereka di Kuala Lumpur, sebuah pasaran yang sedang mengalami peningkatan aktiviti Fintech atau teknologi kewangan.
Ketua pegawai teknologi MoneyLion, Cheemun Foong akan menyelia kakitangan seramai 30 saintis data dan
jurutera perisian yang terkemuka di sini.
"Walaupun Malaysia dilihat sebagai sebuah hab kewangan di rantau itu, kefahaman tentang kewangan masih merupakan satu cabaran di kalangan pengguna yang tidak mempunyai akses kepada peranti kewangan peribadi generasi akan datang.
Peningkatan teknologi kewangan di Kuala Lumpur membantu untuk mengubah persekitaran itu dan terdapat peluang yang baik bagi perniagaan seperti MoneyLion memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang menyampaikan nasihat kewangan secara peribadi," kata Foong. - BERNAMA
#Aplikasi mudah alih #kewangan #MoneyLion