Aplikasi ADWORK bakal jadi hab pemasaran perniagaan

Hilmi Malik
Disember 6, 2019 08:04 MYT
KUMARESH: Kami mendapat kerjasama beberapa agensi media antaranya Astro, Media Prima, syarikat akhbar tempatan, termasuk ruangan papan iklan.
Pemasaran perniagaan khusus buat golongan industri kecil dan sederhana (IKS) bakal berkembang dengan mudah dan efisyen menerusi aplikasi atas talian ADWORK.
Ketua Pegawai Eksekutif ADWORK Kumaresh Visvanathan berkata, aplikasinya yang mendapat kerjasama pelbagai agensi media itu bakal menjadi hab buat seluruh usahawan IKS untuk tujuan pemasaran.
“ADWORK merupakan aplikasi pemasaran mudah untuk pengiklan memilih sendiri syarikat pengiklanan mereka. Dengan hanya beberapa langkah mudah, masuk laman web kami dan pilih ruang iklan. Dan ia akan tersedia.
“Kami mendapat kerjasama beberapa agensi media antaranya Astro, Media Prima, syarikat akhbar tempatan, termasuk ruangan papan iklan. Dan kami akan mendapatkan harga istimewa untuk pengiklan membuat pilihan pemasaran mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
Sebanyak 5,000 agensi media tersenarai di dalam aplikasi ADWORK untuk pengiklan membuat pilihan merangkumi platfrom akhbar, televisyen, termasuk juga radio.
Aplikasi ADWORK juga buat masa ini merupakan jenama terbesar di negara yang bakal menyediakan perkhidmatan pemasaran selain yang dilihat membuka lembaran baru buat strategi pemasaran perniagaan.
Sebagai permulaan, ADWORK turut menawarkan promosi menarik dengan tawaran ruangan iklan bernilai RM2 juta ringgit yang boleh didapati menerusi rebat tunai, nilai tambahan perjanjian termasuk diskaun sehingga 70 peratus.
#ADWORK #agensi media #aplikasi atas talian #HAB #harga istimewa #iklan #IKS #Industri Kecil dan Sederhana #jenama terbesar #Kumaresh Visvanathan #pemasaran #pengiklan #Strategi Pemasaran #usahawan
;