Apa kekangan utama untuk memiliki kediaman sendiri?
Astro Awani
Oktober 22, 2013 09:04 MYT
Oktober 22, 2013 09:04 MYT
Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap individu.
Namun, terdapat dua faktor utama mempengaruhi pemilikan rumah iaitu harga yang semakin meningkat dan isu pinjaman perumahan.
Buletin AWANI 7:45 mengupas isu kemampuan untuk memiliki rumah.
Bajet 2014 yang bakal dibentangkan pada 25 Oktober ini dilihat sebagai mesra rakyat dan memfokuskan kepada sektor rumah mampu milik.
Bagaimanapun, sejauh manakah ia akan mengatasi kekangan dihadapi mereka yang ingin memiliki rumah pertama?
Ikuti temubual bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, Presiden Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh serta aktivis persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bagi mengupas sejauh mana isu ini memberi kesan kepada masyarakat.