Anugerah Usahawan Tahunan Ernst and Young kembali lagi
Astro Awani
April 15, 2013 17:40 MYT
April 15, 2013 17:40 MYT
Ernst and Young (EY) mengumumkan ia kini membuka pencalonan untuk anugerah Entrepreneur of the Year 2013 (EOY).
Menurut pengarah program EOY, Philip Rao, anugerah berkenaan yang memasuki tahun ke 12 terus memberikan pengiktirafan kepada usahawan dan sumbangan mereka.
Tambah Rao, menerusi program tersebut, usahawan Malaysia yang berjaya merealisasikan idea mereka turut di iktiraf atas peranan yang dimainkan dalam mewujudkan pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan ekonomi.
Menurut beliau lagi, semangat keusahawanan Malaysia seharusnya diangkat dan dimaklumkan di persada dunia.
Anugerah EOY anjuran Ernst and Young adalah bersifat global dengan pemenang negara akan mewakili Malaysia ke EOY sedunia di Monte carlo.
Mereka akan berentap dengan 50 pemenang negara lain untuk dipilih sebagai usahawan Ernst and Young sedunia.
Tambah Rao lagi, kemuncak di Monte Carlo akan membolehkan usahawan meluaskan jaringan dan kenalan perniagaan dan membina profil di peringkat antarabangsa.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 Jun ini.