Anugerah ICT NEF Awani kembali lagi
Astro Awani
Ogos 27, 2013 20:10 MYT
Ogos 27, 2013 20:10 MYT
Anugerah ICT NEF Awani kembali untuk tahun ketiga dengan tiga kategori baru.
Tiga kategori itu adalah perniagaan e-dagang terbaik, usahawan wanita terbaik dan selebriti pilihan terbaik.
Presiden NEF, Ashran Datuk Ghazi berkata anugerah bertujuan mengetengahkan potensi syarikat bumiputera yang terlibat dalam sektor ICT sekaligus memberi penghargaan kepada usaha mereka.
Orang ramai dipelawa mencadangkan calon-calon yang layak dan mengundi calon pilihan mereka di laman web Joota Anugerah ICT NEF Awani.
Acara kemuncak penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada 20 Disember depan dan akan disiarkan secara langsung di Astro Awani.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.