Anugerah ICT NEF Awani 2012 kembali lagi
Astro Awani
Disember 27, 2012 07:47 MYT
Disember 27, 2012 07:47 MYT
Anugerah ICT NEF Awani 2012 kembali lagi.
Kali ini anugerah akan memberi penekanan untuk membantu usahawan teknologi tempatan mendapatkan akses ke pasaran luar.
Menurut , Aziz Ismail, Naib Presiden kedua Persatuan Usahawan dan Industri ICT bumiputera Malaysia NEF, objektif itu dapat direalisasikan dengan gandingan kerjasama bersama rakan media strategik, Astro Awani.
Aziz berkata, sesi memilih 5 peserta akhir setiap kategori yang akan disiarkan di Astro Awani bermula Februari tahun hadapan akan menjadi platform kepada peserta mendapatkan pendedahan.
Sebanyak 7 kategori akan dipertandingkan kali ini dengan 3 daripadanya kategori baru.
Beberapa elemen baru turut ditampilkan dengan individu atau syarikat yang menghantar pencalonan boleh memuat naik video pendek mengenai produk dan perkhidmatan yang ingin dipertandingkan.
Sementara itu, Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz menyifatkan kerjasama bersama NEF itu sebagai sesuatu yang pintar dan strategi yang unik di dalam meningkatkan kesalinghubungan industri.
Pencalonan bagi anugerah ICT NEF-Awani 2012 akan dibuka bermula 27 Disember 2012 dan ditutup pada 18 Januari 2013.