Anda lebih daripada segalanya, Zurich #IAmMore
Haikal Raman
Mac 14, 2022 11:54 MYT
Mac 14, 2022 11:54 MYT
ZURICH Malaysia (Zurich) percaya setiap individu mempunyai pelbagai kisah menarik yang boleh dikongsi bersama untuk dijadikan inspirasi.
Kita semua memikul banyak tanggungjawab dan memegang pelbagai watak dalam kehidupan, baik sebagai ibu bapa, ahli perniagaan, pendidik mahupun pencetus inovasi… semua itu kita lakukan sebagai seorang individu.
Tidak kira apa peranan yang anda lakukan untuk memenuhi keperluan dan impian, Zurich ingin mendengar kisah yang menjadikan anda lebih daripada segalanya.
“Kongsikan kepada kami cerita bagaimana anda mendepani segalanya dalam menjadi sesuatu yang lebih untuk keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri.
“Sertai kami dalam kempen #IAmMore untuk bersama-sama memberi inspirasi daripada kisah yang anda kongsikan,” menurut Zurich menerusi kempen yang dilancarkan baru-baru ini.
Melalui kempen ini juga, anda boleh menonton video-video yang memaparkan kisah inspirasi figura hebat dalam bidang masing-masing.
Antaranya personaliti TV Revathy Mariappan yang melakukan pelbagai perkara menarik dalam kehidupannya, pemain bola profesional Ahmad Khairil Anuar, pakar perubatan Dr Liyana Dhamirah, serta Asyraf Mazlan.
Asyraf Mazlan yang merupakan seorang usahawan turut berkongsi ceritanya sebagai suami dan bapa kepada seorang anak selain giat menghasilkan pelbagai kandungan kreatif di platform sosial media dan YouTube miliknya.
“Sebagai seorang yang mereka kandungan kreatif, ramai yang menganggap saya cuma menghasilkan video sahaja setiap hari.
"Tetapi sebaliknya saya seorang yang mengutamakan keluarga, mempunyai perniagaan dan impian berbeza sebagai seorang individu.
“Sejak mempunyai anak, hidup kami memang berbeza kerana ‘anak emas’ ini amat penting buat kami.
"Saya tidak menjangkakan kehidupan seperti ini dan hanya mengharapkan untuk dapat berikan yang terbaik kepada anak kami.
“Kempen #IAmMore bertujuan menunjukkan diri kita secara lebih mendalam sebagai orang yang memainkan peranan berlainan dalam aspek hidup.
"Jom kongsikan kisah anda menerusi kempen ini,” jelasnya.
Zurich mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyertai kempen #IAmMore dengan berkongsikan cerita dengan disertakan gambar ataupun video pendek tidak lebih dari dua minit bagi berpeluang memenangi Nintendo Switch bersama Neon Blue dan Neon Red Joy-Con.
Kisah anda boleh dihantar di IAMMore Zurich sebelum 25 Mac 2022.
Jom bersama-sama sertai kempen #IAmMore!