Anak syarikat Puncak Niaga peroleh kontrak RM44 juta bekal peralatan perubatan

Bernama
Oktober 26, 2022 10:00 MYT
TRIplc Medical dilantik oleh UiTM Shah Alam sebagai kontraktor untuk membekalkan peralatan perubatan tambahan kepada Hospital UiTM Kampus Puncak Alam dengan nilai kontrak berjumlah RM44.13 juta.
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Puncak Niaga Holdings Bhd, TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB), dilantik oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sebagai kontraktor untuk membekalkan peralatan perubatan tambahan kepada Hospital UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor dengan nilai kontrak berjumlah RM44.13 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, penyedia penyelesaian air, air buangan dan alam sekitar bersepadu itu menjelaskan tempoh kontrak adalah 40 bulan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2022 hingga 31 Okt, 2025.
Skop kerja meliputi menguruskan, melaksanakan dan melengkapkan bekalan peralatan perubatan tambahan seperti yang diperlukan untuk Hospital UiTM tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian pembekalan.
"Perjanjian bekalan itu dijangka menyumbang kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham atau tahap kadar hutang kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 sehingga tarikh akhir," menurutnya,
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #TRIplc Medical #Puncak Niaga Holdings #Hospital UiTM Kampus Puncak Alam
;