Anak syarikat Boustead Holdings jual pegangan dalam JHSB bernilai RM180 juta

Bernama
Disember 29, 2015 07:50 MYT
Bakti Wira Development Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Bhd (BHB), telah memetrai perjanjian jualan saham bersyarat dengan Cascara Sdn Bhd untuk menjual 30 peratus ekuitinya.
Bakti Wira Development Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Bhd (BHB), telah memeterai perjanjian jualan saham bersyarat dengan Cascara Sdn Bhd untuk menjual 30 peratus ekuitinya dalam Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) bernilai RM180 juta.
Selepas jualan itu selesai, JHSB tidak lagi menjadi syarikat bersekutu BHB, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
"Cadangan penjualan itu merupakan peluang kumpulan untuk merealisasikan keuntungan bersih kira-kira RM194.46 juta berdasarkan kos pelaburan kumpulan, selepas pelarasan untuk perkongsian kerugian, cukai dan perbelanjaan berikutan cadangan jualan berkenaan.
"Cadangan jualan itu juga membolehkan kumpulan mengukuhkan kedudukan kecairan dan aliran tunai dengan mengumpul pendapatan tunai kasar RM180 juta yang akan diguna, antara lain untuk modal kerja," katanya.
BHB menambah, cadangan jualan itu dijangka selesai menjelang suku ketiga 2016.
#bakti wira development sdn bhd #bhb #Boustead Holdings #cascara
;