AMD buang 4% pekerja untuk selaras sumber syarikat

Amanz
November 14, 2024 11:40 MYT
AMD mengumumkan pengurangan 4% tenaga kerja global untuk menyelaraskan sumber dengan peluang pertumbuhan pasaran terbesar.
ADVANCED Micro Devices (AMD) mengumumkan membuang 4 peratus pekerja di seluruh dunia bagi menyelaraskan sumber syarikat dengan peluang pertumbuhan terbesar pasaran.

Ringkasan AI
  • AMD mengumumkan pengurangan 4% tenaga kerja global untuk menyelaraskan sumber dengan peluang pertumbuhan pasaran terbesar.
  • Walaupun mencatatkan peningkatan keuntungan pada suku lalu, AMD tidak mencapai sasaran dan pendapatan dari pasaran permainan video menurun hampir 70% berbanding tahun sebelumnya.
  • AMD kini menumpukan pada kecerdasan buatan (AI) untuk bersaing dengan NVIDIA, mengikuti langkah Intel yang juga telah mengurangkan tenaga kerja akibat prestasi cip yang kurang kompetitif.

Pengurangan tenaga kerja dilakukan selepas AMD melaporkan keuntungan pada suku lalu yang tidak mencapai sasaran sungguhpun mencatatkan peningkatan.
Tetapi penyusutan pada pasaran permainan video dicatatkan menyebabkan pendapatan susut hampir 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pada ketika ini, AMD dianggarkan mempunyai sekitar 26,000 tenaga kerja.
Tumpuan syarikat kini dipercayai ialah pada kecerdasan buatan (AI) bagi memberikan persaingan kepada NVIDIA yang mendominasi pasaran sejak tiga tahun kebelakangan ini.
AMD mengikuti langkah Intel yang juga telah membuang ribuan pekerja disebabkan prestasi cip yang kurang memberangsangkan dan cip AI yang tidak mendapat sambutan kerana tidak kompetitif berbanding cip pesaing. -Amanz
#buang pekerja #selaras sumber syarikat #AMD #NVIDIA
;