Alliance Research kekalkan saranan "jual" bagi BAT
Astro Awani
Jun 3, 2013 17:51 MYT
Jun 3, 2013 17:51 MYT
Alliance Research mengekalkan saranan jual bagi British American Tobacco (BAT) dengan harga sasaran tidak berubah pada RM54.72 susulan perkembangan terkini dalam industri tembakau berikutan pengumuman kenaikan harga rokok.
Dalam nota kajian, ia menyatakan tidak terkejut dengan tindakan BAT kerana peraturan ketat akan sentiasa dikenakan terhadap industri tembakau bagi mengawal tabiat merokok.
Kementerian Kesihatan mengumumkan semalam kandungan tar dan nikotin bagi setiap batang rokok akan dikurangkan daripada 20mg dan 1.5mg masing-masing kepada 15mg dan 1.25mg, berkuat kuasa 1 Jan 2014.
Ini akan memaksa perokok tegar membeli produk haram, yang dikatakan mengekalkan kandungan tar dan nikotinnya.
Alliance Reserach percaya lebih banyak berita buruk akan diterima oleh pengeluar tembakau, terutamanya dengan kenaikan besar duti eksais dalam belanjawan 2014 akan datang.
Ia menjangkakan cukai eksasi bernilai 50 sen akan dikenakan kepada produk tembakau.