Alibaba dedah cerapan pilihan pengguna, prestasi jenama tempatan pada 11.11
Bernama
Disember 3, 2022 09:20 MYT
Disember 3, 2022 09:20 MYT
KUALA LUMPUR: Kumpulan Alibaba telah mendedahkan pilihan beli belah terkini oleh para pengguna dan prestasi jenama Malaysia di platform e-dagang rentas sempadannya berdasarkan cerapan yang diperoleh daripada Festival Beli-belah Global 11.11 2022 yang melabuhkan tirai baru-baru ini.
Kumpulan Alibaba dalam satu kenyataan berkata pada 11.11, rakyat Malaysia merupakan antara pembeli terbesar yang membeli pakaian, aksesori mudah alih dan penutup kepala daripada platform Taobao.
"Sebaliknya pula, para pengguna di China merupakan penyokong tegar bagi pelbagai produk makanan dan minuman, kesihatan dan haiwan peliharaan dari Malaysia.
"Saling permintaan terhadap produk dari kedua-dua negara menunjukkan aktiviti perdagangan rentas sempadan yang kukuh yang berlangsung di Taobao dan Tmall ketika festival itu," katanya.
-- BERNAMA