Al Rajhi Bank Malaysia umum peletakan jawatan Arsalaan Oz Ahmed sebagai CEO

Dagang News
Oktober 4, 2023 11:46 MYT
Di bawah pimpinan Oz, bank mencatatkan kejayaan kewangan tertinggi dalam sejarah bank Islam, disokong oleh bank induk. -Dagang News

KUALA LUMPUR: Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd (ARBM) mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai eksekutifnya, Arsalaan (Oz) Ahmed yang memutuskan untuk memberi tumpuan kepada cita-cita peribadinya dalam teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial.

Oz yang menyandang jawatan CEO sejak Februari 2021, memacu strategi ARBM mengenai rumusan perbankan yang inovatif di Malaysia untuk meletakkan asas sebagai penyedia perkhidmatan perbankan digital dan Islam terkemuka.
Di bawah pimpinannya, bank mencatatkan kejayaan kewangan tertinggi dalam sejarah bank Islam, disokong oleh bank induk.

Merangkul kedudukan kukuh bank sebagai penyedia perkhidmatan perbankan Islam terkemuka dunia dan berperanan dalam merapatkan jurang antara permintaan perkhidmatan kewangan futuristik dan nilai perbankan Islam, Oz menerajui pelancaran bank digital ARBM, Riz dengan aspirasi untuk menjadi bank inovasi Islam nombor satu di negara ini.
Bank digital Rize memperoleh beberapa anugerah berprestij termasuk Anugerah Teknologi Kewangan dalam Kategori Perbankan Runcit dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2023 dan Anugerah Terbaik Bank Maya untuk Malaysia dalam Perbankan Asia dan Anugerah Perbankan Runcit Kewangan 2023.
Pengerusi ARBM, John Roger Winfield berkata, seorang berwawasan yang bersemangat tentang perbankan Islam, kemampanan dan inovasi digital, Oz menerajui transformasi ARBM untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan futuristik yang disegani menerusi pelancaran Rize, saluran strategik utama bank untuk memacu agenda digital.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Oz atas kepimpinan dalam memajukan bank semasa kami berkembang menjadi pesaing penting dalam kedua-dua digital dan ruang perbankan Islam," katanya dalam kenyataan media di sini.
Oz pula berkata, ia merupakan satu penghormatan besar berkhidmat sebagai CEO bank tersebut.
"Dengan berat hati saya mengucapkan selamat tinggal kepada bank. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ARBM, dan Kumpulan Bank Al Rajhi, atas kepercayaan diberikan kepada saya beberapa tahun kebelakangan ini.
"Bekerjasama dengan pasukan yang luar biasa untuk mencapai matlamat kami menjadi salah satu pengalaman paling luar biasa dalam kerjaya saya, terutamanya selepas menyampaikan peneraju inovasi yang menetapkan piawaian untuk kewangan konvensional dan Islam dalam perbankan digital," katanya. -DagangNews.com

#CEO #Al Rajhi Banking & Investment Corporation #Arsalaan Oz Ahmed #fintech
;