Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul

Umavathi Ramayah
September 1, 2021 17:26 MYT
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan di negara ini dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, itu adalah dapatan kaji selidik keadaan perniagaan yang dijalankan, baru-baru ini.
"Baru-baru ini, firma utama dalam pengurusan sumber tenaga manusia melaporkan bahawa aktiviti pernigaaan di Malaysia akan meningkat 54 peratus tahun ini walaupun wujud ketidaktentuan di dalam pasaran pekerjaan ekoran pandemik COVID-19.
"Ini ekoran usaha syarikat-syarikat yang giat mengerakkan operasi ke arah teknologi baharu melalui pelaburan dalam keupayaan pendigitalan sebagai langkah menyambut peluang pernigaan baharu dalam revolusi industri 4.0," katanya ketika membentangkan Laporan Laksana ke-66 yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Kewangan di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, keyakinan dalam transformasi digital ini adalah berasaskan kepada peningkatan fokus kerajaan dengan mengukuhkan serta meningkatkan rangkaian teknologi asas.
Untuk tujuan itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM9.4 bilion dalam Belanjawan 2021 yang merangkumi sektor pendidikan, pekerjaan dan transformasi digital.
#Belanjawan 2021 #COVID-19 #Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #pertumbuhan perniagaan
;