Akaun, aliran tunai AirAsia dipersoal dalam laporan GMT

Bloomberg
Jun 12, 2015 17:46 MYT
Saham-saham AirAsia dan AirAsia X Bhd menyaksikan penurunan dalam dagangan di Kuala Lumpur pada Khamis sebagai reaksi kepada laporan GMT tersebut. -Gambar fail
Firma penyelidikan GMT Research mempersoalkan akaun dan aliran tunai AirAsia Berhad dan perkara itu sedang dibincangkan dengan syarikat penerbangan tambang murah tersebut, lapor Bloomberg.
Laporan pada 10 Jun mempersoalkan tentang akaun, penjanaan untung, isu aliran tunai, pergerakan dan struktur kumpulan bagi syarikat AirAsia Berhad, kata pengasas GMT Research Gillem Tulloch.
Laporan berkenaan buat masa ini hanya untuk klien firma penyelidikan itu dan GMT boleh membincangkan isu itu secara umum bermula 24 Jun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes enggan mengulas mengenainya.
Saham-saham AirAsia dan AirAsia X Bhd menyaksikan penurunan dalam dagangan di Kuala Lumpur pada Khamis sebagai reaksi kepada laporan GMT tersebut, kata penganalisis Malayan Bank Bhd Mohshin Aziz pada Jumaat.
Saham Sepang menurun sebanyak 5 peratus pada Jumaat sementara saham AirAsia X berlaku sedikit perubahan pada jam 1.30 petang di Kuala Lumpur.
“Akaun AirAsia adalah telus,” kata Mohshin dalam laporannya.
Tambahnya, pihak pengaudit syarikat penerbangan tersebut, Pricewaterhouse Coopers, meluluskan akaun-akaun tahun 2014 tanpa sebarang syarat kelayakan.
#AirAsia #AirAsia Berhad #GMT Research #Tony Fernandes
;