Aireen Omar letak jawatan dalam Lembaga Pengarah AirAsia

Astro Awani
Disember 8, 2017 13:50 MYT
Keputusan itu diambil sebagai langkah untuk meningkatkan pentadbiran korporat syarikat penerbangan tambang rendah itu. - Gambar fail
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia) Aireen Omar, 44 tahun, meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam usaha meningkatkan pentadbiran korporat syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Turut meletak jawatan ialah timbalannya Tharumalingam Kanagalingam, 52 tahun.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia berkata peletakan jawatan itu adalah untuk menghasilkan jumlah majoriti pengarah bebas dan pengarah bukan eksekutif dalam syarikat tersebut.
BACA: AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Dalam kenyataan sama, AirAsia berkata perubahan tersebut mematuhi Kod Pentadbiran Korporat Malaysia di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Syarikat penerbangan tersebut turut mengumumkan pelantikan pelakon terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.
#AirAsia #Aireen Omar #Bursa Malaysia #Kod Pentadbiran Malaysia #Lembaga Pengarah #Pengarah Bebas Bukan Eksekutif #Tharumalingam Kanagalingam