AirAsia X sasar penumpang ke 10 juta tahun ini

Astro Awani
Februari 21, 2013 07:31 MYT
AirAsia X mensasarkan untuk menerima penumpang ke 10 juta menjelang pertengahan tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Azran Osman-Rani, berdasarkan rekod sejak 5 tahun lalu, penumpang AirAsia x meningkat secara drastik dengan lebih 8 juta penumpang dicatatkan sehingga 2012.
Azran berkata sejak ia ditubuhkan 5 tahun lalu, AirAsia X sudah membawa 8 juta penumpang ke destinasi utamanya iaitu antaranya Australia, Jepun, Korea dan China.
“Tahun lepas kami lebihi 2.5 juta penumpang hanya untuk 2012 sahaja sejak 5 tahun lebih 8 juta, jadi tahun ini kami akan cecah pencapaian penumpang ke 10 juta pertengahan tahun ini,” kata Azran kepada Astro Awani.
Mengulas berkaitan usaha AirAsia untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia, Azran berkata AirAsia X dan kumpulan AirAsia sendiri akan terus bekerjasama rapat dengan agensi pelancongan bagi penyediaan pakej yang menarik.
“Kami juga sedang bekerjasama dengan agen pelancongan yang menyediakan pakej kerana itu kecekapan teras mereka, mereka lebih menumpukan kepada pakej... dan bagi kami fokus utama sediakan perkhidmatan penerbangan yang murah,” tambah Azran.
Azran pada masa sama berkata penumpang kini amat mementingkan jenama sesuatu penerbangan, selain dari kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi mengetengahkan jenama AirAsia X di rangkain penerbangan serantau, beliau memberitahu AairAsia X akan memastikan setiap kerjasama dengan penerbangan tambang murah lain menggunakan jenama AirAsia X.
“Kita ada kolaborasi tetapi dengan menggunakan jenama AirAsia, contohnya di Jepun AirAsia bekerjasama dengan All Nippon Airways (ANA) bagi AirAsia Japan, begitu juga di Indonesia dan Thailand model tu kelebihanya adalah kita ketengahkan jenama itu,” tambah beliau lagi.
AirAsia X adalah satu satunya penerbangan tambang murah yang menawarkan perjalanan jarak jauh di dunia.
Azran berkata demikian sewaktu temubual eksklusif bersama Astro Awani di Shanghai, China sempena penerbangan rasmi AirAsia X ke destinasi berkenaan.
#AirAsia #Airasia X #Azran Osman-Rani #China #Shanghai #tambang murah
;