Airasia X mencatat premium satu sen pada harga RM1.26

Astro Awani
Julai 10, 2013 15:27 MYT
Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh Airasia X mencatat premium satu sen pada harga RM1.26 berbanding harga tawaran RM1.25 sesaham pada penyenaraian sulungnyanya di papan utama utama bursa Malaysia hari ini.
Sebanyak 9.15 juta saham didagangkan pada sesi pembukaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Azran Osman Rani, penyenariaian itu menjadi titik penting kejayaan Airasia X selepas enam tahun beroperasi dalam industri penuh persaingan.
"Kami tetapkan harga yang tepat untuk ipo ini, ini tanda kami berjaya realisasikan impian Tan Sri Tony sejak enam tahun lalu dan menjana TM740.7 juta hasil proses awal. "
Dari penawaran pada harga RM1.25, Airasia X berjaya menjana RM740.7 juta.
Sementara potensi nilai permodalan pasaran dijangka mencecah sehingga RM3 bilion.
Menurut Azran, suku daripada hasil yang diraih daripada penyenaraian akan diguna bagi perbelanjaan modal.
Ia termasuk membeli kelengkapan pesawat dan perluasan hab baru serantau serta pembayaran balik hutang bank.
Selebihnya akan diguna bagi modal operasi.
Dari segi operasi, Azran berkata selain meneroka lokasi bagi hub baru serantau, Airasia X akan turut meningkatkan kekerapan penerbangan ke Jepun selepas pembubaran Airasia Jepun bersama All Nipon Airways baru-baru ini/
Ini kerana Jepun masih menjadi pasaran utama syarikat penerbangan itu termasuk pasaran serantau lain.
#air asia x #penyenaraian
;