AirAsia X lantik Nadda Buranasiri sebagai CEO Kumpulan
Bernama
November 1, 2018 06:34 MYT
November 1, 2018 06:34 MYT
AirAsia X Bhd melantik Nadda Buranasiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) yang baharu, berkuat kuasa serta merta, menggantikan CEO Kumpulan Bersama Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes.
Dalam kenyataan pada Khamis, syarikat penerbangan tersebut turut mengumumkan pelantikan semula Kamarudin dan Fernandes sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
Fernandes berkata sebelum ini Nadda yang merupakan CEO AirAsia X Thailand sejak Januari 2014, telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan operasi jarak jauh syarikat penerbangan itu yang berpangkalan di Bangkok dan menjadikannya antara syarikat penerbangan jarak jauh paling berjaya di Asia.
"Ini merupakan contoh yang baik dalam pembangunan tenaga kerja dalaman kami dan pelan penggantian untuk jawatan kepimpinan utama kami," katanya.
-- BERNAMA
#AirAsia
#Airasia X
#CEO
#CEO Kumpulan
#Kamarudin Meranun
#Nadda Buranasiri
#penerbangan
#Pengarah Bukan Eksekutif
#Tony Fernandes