AirAsia X catat keuntungan bersih RM32.98 bilion bagi tempoh 18 bulan berakhir 31 Dis
Bernama
Februari 21, 2023 23:29 MYT
Februari 21, 2023 23:29 MYT
KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM32.98 bilion bagi tempoh 18 bulan yang berakhir 31 Dis, 2022.
Hasil semasa tempoh tersebut berjumlah RM878.17 juta.
Seperti yang diumumkan pada 2 Dis, 2022, tahun kewangan kumpulan telah diubah daripada 31 Dis, 2020 kepada 30 Jun, 2021, dan tidak akan ada maklumat kewangan perbandingan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya
Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata bagi tempoh tiga bulan sehingga Disember 2021, ia memperoleh hasil RM119.4 juta daripada operasi kargo dan carter, peningkatan RM48.5 juta atau 68 peratus berbanding suku sebelumnya dan meningkat RM112.0 juta berbanding suku yang sama pada 2020, yang hanya mencatatkan RM7.4 juta.
"Peningkatan ketara hasil itu mencerminkan tumpuan baharu kami untuk mengembangkan perniagaan kargo, strategi yang akan digabungkan dengan pengangkutan penumpang bagi memastikan semua laluan mencapai keuntungan," katanya.
-- BERNAMA