AirAsia tawar tambang promosi 'Superstar' ke India dari KL

Bernama
Jun 26, 2016 23:02 MYT
Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, promosi eksklusif itu mulai 27 Jun hingga 3 Julai 2016 dan penumpang boleh terbang mulai 28 Jun hingga 24 November 2016. - Gambar fail
AirAsia memperkenalkan promosi 'Terbang Seperti Superstar" pada semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ke India dari Kuala Lumpur.
Tambang terbabit serendah RM169 bagi penerbangan sehala dan termasuk cukai.
Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, promosi eksklusif itu mulai 27 Jun hingga 3 Julai 2016 dan penumpang boleh terbang mulai 28 Jun hingga 24 November 2016.
"Promosi ini dibuka untuk tempahan dalam talian di airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android serta mobile.airasia.com," tambahnya.
AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Kolkata, Tiruchirappali (Trichy) dan Visakhapatnam manakala AirAsia X terbang ke New Delhi.
AirAsia juga memperkenalkan 'Briyani Sayuran Kabali' untuk tempahan awal menu dalam penerbangannya.
Hidangan istimewa itu boleh ditempah awal bagi semua penerbangan yang dikendalikan AirAsia mulai 1 Julai dengan harga pengenalan hanya RM9.90.
AirAsia adalah syarikat penerbangan rakan kongsi rasmi filem Tamil 'Kabali', yang dibintangi 'superstar' Rajinikanth.
#AirAsia memperkenalkan promosi 'Terbang Seperti Superstar" pada semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ke India dari Kuala Lumpur
;